Welcome to my wall

Take a walk in my shoes

Don't be afraid of failure

If you fall 100 times, get up 101!

I'm not perfect, so we all are.

Perfection isn't what we were created to be.

Thursday, January 17

Anjakan Paradigma


Pandanglah sahabat di sekelilingmu dengan pandangan yang sarat dengan kasih sayang, penuh rasa cinta terhadap sesama manusia hanya kerana Allah. Ubahlah paradigma kita dalam memandang kehidupan seharian ini.


Jika kita pandang ke atas, kita akan nampak langit yang sangat cantik luas terbentang memayungi muka bumi tanpa sempadan, awan-awan yang berarak mengikut arah tiupan angin, sinaran mentari yang ceria atau pantulan cahaya bulan yang begitu indah sekali.


Namun jika renungi dengan lebih tajam, di atas sana ada Allah yang menaungi sekalian alam semester ini. Ada malaikat yang memayungi setiap langkah manusia yang melakukan kebaikan yang barakah. Ada nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya supaya sentiasa bersyukur. Ada musibah yang Allah timpakan kepada hamba-Nya supaya sentiasa bersabar.


Tak perlu direnung jauh-jauh, cukup sekadar apa yang ada dalam diri kita. Kita punya badan yang sihat, mampu untuk bergerak tanpa digerakkan. Kita ada hati yang mampu merasakan perasaan yang cukup indah. Kita ada minda yang mampu berfikir tentang pelbagai kekuasaan Allah. Dan kita ada banyak lagi perkara yang sepatutnya membuatkan kita tidak pernah berhenti melafazkan kata syukur kepada Allah S.W.T.


ALHAMDULILLAH ATAS NIKMAT ISLAM, IMAN. ALLAHU AKBAR!!

Wednesday, January 16

Slowly, but surely!


Alhamdulillah.. Alhamdulillah syukur Ya Allah..

Hari ni dapat satu berita baik, berita gembira, berita yang mengharukan jiwa. Terima kasih sahabatku, terima kasih teman sejatiku, terima kasih untuk kata-katamu yang sangat tersentuh itu..


Kau tau tak, dah lama kau tak call aku. Kau busy sangat ke skrg?

Ye la, aku banyak project yang nak kena handle, assignment pulak belambak yang nak kena submit. Dah macam tak cukup tangan dah nak buat. Tidur pun sejam dua je setiap malam.

Oh ye ke? Kesiannya dekat kau ek. Sabar la, kan dah last sem ni. Nanti dah nak graduate mesti la banyak benda yang nak kena settle kan.

Tahu tak pe. Eh, kau kenapa semalam? Sedih semacam je. Share la dengan aku. Kalau tak boleh tolong pun, cukup la jadi pendengar je. Better than nothing, right?

Kan aku dah cakap, aku okay je. Tak payah nak risau sangat la. Biasa la kita ni orang perempuan, unik sikit. Akan ada waktunya bila kita rasa sedih tiba-tiba tanpa sebab dan akibat. Perasaan sayu yang menyelubungi seluruh pelusuk hati. Ni tanda-tanda nak angkat bendera merah la ni..heehehe

Owwh ye ke. Betul takde benda lain ni? Ke saja je nak buat ayat cliché?

Eh apa cliché pulak? Betul la. Aku okay je. Kau tu yang jaga diri elok-elok. Jaga makan tu, jangan leka sangat dengan kerja sampai makan pun lupa.

Ye la mak cik. Semangat mak nenek dia mai dah.hahaha.. Aku takpe la kat sini ramai housemate yang nak tolong jaga kalau aku sakit pun. Kita orang dah kamcing. Kau tu, amacam dengan roommate baru, boleh masuk tak?

Roommate baru okay saja. Take time la sikit kot nak mesra-mesra. Tapi dia okay je. Okay sangat-sangat. Alhamdulillah la, selalu pergi surau. Sejuk mata memandang.hahaha

Sejuk mata memandang je? Tak join sekali ke babe? Baru lah sejuk hati kedamaian.hahaha

InsyaAllah, nanti aku join sekali. Slowly, but surely! Tapi nanti kalau aku dah jadi kaki surau kau jangan terkejut pulak ye. Mana tahu nanti balik kau dah tak nak kawan dengan aku dah. Tak rock la hape la.

Eh ape lak nak terkejut, aku syukuuuurrrrr banyak-banyak la. Kalau kau betul-betul berubah, memang aku malu la. Bukan sebab malu nak kawan dengan budak kaki surau, tapi malu sebab aku yang masih di takuk yang lama. Tak berubah-ubah jugak dari dulu sampai sekarang.hahaha

InsyaAllah, Amin Ya Rabb. Aku tengah bina kekuatan dalaman la ni. Nak berubah tu mudah je. Yang susahnye ialah nak istiqamah dalam perubahan tu. Kekal dalam perubahan memang memerlukan tekad dan kekentalan jiwa yang tinggi la.

Betul la apa yang kau cakap tu. Hati mau hard core. Tak gitu?

Ya, betul. Kalau tak, kasi malu company saja.

Betul tu, aku setuju sangat-sangat. Kau nak tahu satu rahsia tak? Dah lama aku pendam benda ni, tapi rasanya ni memang masa yang sangat sesuai la untuk aku bagitahu kau benda ni.

Apa dia weh? Suspense semacam je. Kau couple eh sekarang?

Eh, tak de la. Ada pulak ke situ. Sebenarnya aku pun nak berubah juga. Dan aku dah start slow-slow. Macam kau selalu kata, slowly but surely.

Betul ke ni? Alhamdulillah la kalau macam tu. Aku bangga ada kawan macam kau.

Aku lagi la bangga jadi kawan aku. Seriously la ni, aku tabik kat kau. Memang tak sia-sia aku ada kawan macam kau. Sebab kau adalah salah satu role model kepada aku.

Aku role model? Memang tak la. Kau agak-agak la nak kelentong pun.

Apa pulak kelentong? Betul la aku cakap ni. Mungkin kau tak tahu, tapi aku selalu perhatikan kau. Ingat tak, dulu kita semua sama je. Lebih kurang, 2x5 5x2 je. Tapi sekarang aku dah nampak banyak perubahan dalam diri kau. Setiap kali kita balik cuti, mesti aku akan belajar benda yang baru dari kau.

Apa yang berubahnya? Aku sama je la. Macam dulu jugak.

Banyak, cuma mungkin aku tak perasan kot. Dulu, kita selalu je keluar rumah pakai baju lengan pendek gi jalan-jalan keliling kampong. Tapi sekarang tiap kali kau keluar rumah, mesti kau pakai baju lengan panjang dah. Tak pun kau pakai hand sock. Kalau dulu kita mana la nak layan baju kurung segala bagai ni. Tiap kali keluar mesti jeans ngan tshirt je. Tapi sekarang kau dah boleh pakai baju kurung keluar gi bandar. Tak pun kau pakai baju yang labuh paras paha. Mula-mula kita orang selalu gelak sebab kau dah start pakai baju gegirl, lawa-lawa, feminime gitu. Macam orang yang dah matang. Tapi sekarang aku faham kenapa kau buat semua tu. Bukan sebab nak nampak matang je, tapi yang lebih penting aurat ditutup dengan sempurna. Jeans yang dulunya cikang gila pun dah bertukar jadi slack yang longgar dan sopan. Seronok aku tengok kau. Kau berjaya. Aku bangga dengan kau!

Aku pun macam kau juga. Kita sama je. Start dari base yang sama. Yang penting usaha kita untuk jadi lebih baik. Takkan selamanya kita nak di takuk yang lama kan? Aku pun bersyukur la sejak aku masuk maktab ni, persekitaran aku berubah. Baju kurung tu dah jadi pakaian rasmi setiap hari, wajib. Mula-mula ada la merungut juga, tapi lama-lama benda tu dah sebati dengan kehidupan seharian kita. Dah jadi rutin kebiasaan. Semua perubahan ni bukannya mudah. Alhamdulillah la kau nampak. Tapi perubahan ni jugak tak mustahil. Semua orang boleh buat. Cuma nak dengan tak nak je. Ingat, kekuatan untuk berubah tu perlu dibina, bukan untuk ditunggu!

InsyaAllah.. terima kasih la. Aku syukur sangat-sangat sebab Allah dah pertemukan aku dengan kau. Terima kasih sahabat..

Aku doakan kita sama-sama bergelar sahabat, InsyaAllah sampai ke syurga..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Saturday, January 12

Friendship for Friend



Friendship...
Something that cannot be understood and explained thoroughly...


Friendship...
So special in every second of current friendship


Friendship...
Can cause the human banded together

Friendship...
To share happiness and sadness in life


You hear all the time I was weeping in grief,
You where I complain when I'm depressed,
You like and cheer me with advice and lively antics.


But I admit, we had a hostile,

hostile when I was so jealous of you,

when I know that you were so loved another friend,
my attitude was so bad that you judge the current friendships,
but you will still remain as friends ADC me.



Thank you for all your counsel,

Thank you for your cheerful smile and antics,

thanks for the support you give,
I am very thankful to God because we have gathered.



This poem belong to a friend of mine.She wrote this poem for me.And of course, this is our story.Sorry, the language might be in chaos.Because we are still learning at that time.

#missYOURlove

Petikan Doa Saidina Ali



YA ALLAH...


Jadikan kami dari kalangan orang yang dambanya adalah mencintai dan merindui-Mu,

Nasibnya hanya merintih dan menangis kepada-Mu,

Dahinya sujud kerana kebesaran-Mu,

Matanya terjaga dalam mengabdi-Mu,

Airmatanya mengalir kerana takut pada-Mu,

Hatinya terikat pada cinta-Mu,

Kalbunya terpesona dengan kehebatan-Mu...



Wahai Yang cahaya kesucian-Nya bersinar dalam pandangan para yang mencintai-Nya,

Wahai Yang kesucian wajah-Nya membahagiakan hati pada yang mengenali-Nya,

Wahai Yang dikejar kalbu para yang merindui,

Wahai Tujuan harapan para yang mencintai...



Aku memohon cinta-Mu,

Dan cinta orang yang mencintai-Mu,

Dan cinta amalan yang membawaku ke samping-Mu...



Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu,

Jadikan cintaku kepada-Mu membimbingku pada keredhaan-Mu,

Jadikan kerinduanku pada-Mu mencegahku dari melakukan maksiat pada-Mu...



Anugerahkan padaku memandang-Mu,

Tataplah diriku dengan tatapan sayang-Mu,

Jangan palingkan wajah-Mu dariku,

Jadikan aku dari penerima anugerah dan kurnia-Mu,



WAHAI PEMBERI IJABAH
YA ARHAMARRAHIMIN...


[Petikan doa SAIDINA ALI KARRAALLU WAJHAH]
Ya Allah..Aku tidak layak untuk syurga-MU,Namun aku juga takut azab neraka-MU.


Jika Aku Jatuh Hati


Bismillahirrahmanirrahim




Ya Allah..

Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-MU,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.


Ya Muhaimin..

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu.


Ya Rabbana..

Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daridapa hati-Mu.


Ya Rabbul Izzati..

Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang, Yang merindui syahid di jalan-Mu.


Ya Allah..

Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajjat di sepertiga malam terakhir-Mu.


Ya Allah..

Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.


Ya Allah..

Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...


Amin Ya Rabbal Alamin...


Shahdu sungguh puisi ini ditambah dengan alunan muzik yang mendayu-dayu. SubhanAllah, indahnya CINTA KERANA-MU.

#peaceNOwar

The Taken Road


I’m walking along the street,
Counting my step, one-by-one,
Looking around make me eager,
Coz I know I’m not alone.


 Double white line escort my first step,
Guiding me to follow the road flow,
My parents seems like that,
Wrought me since I’m infant.


When it becomes white dotted lines,
It makes me perform like a flying baby bird,
Friends with peers,
And trying to know what friendship is.


 The next step is at night,
Too scarify coz it is darker than black,
But fortunately the street lamp lightening my darkness,
Like him, who gave me the true love.


So I’m continue stepping, one-by-one,
Until at the end of the street,
There’s no more ways to go,
Coz I’ve found the dot of this journey – DEATH.



I OWN this poem.
Inspired by The Road Not Taken by Robert Frost.

#peaceNOwar

Friday, August 3

Istiqomah Blogger?

Bismillahirrahmanirrahim..

SubhanAllah.. rindunya.. dah lama rupanya x blogging.. kenapa ya?

tak da masa..
busy, byk assignment..
lappy buat hal..
no internet connection..
bla... bla... bla...

Ya! byk sekali sebab yg dinyatakan.. pandai buat alasan. :) bukan ke ade proverb kata "MANUSIA ADALAH PEGUAM BELA YANG TERBAIK UNTUK DIRINYA SENDIRI". proverb pe eh? lupe.. tah ye tah tak proverb tu.. hehe.. tak pe la yg penting mesej sampai.