About

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya bukanlah dilahirkan sebagai seorang penulis yang hebat; bisa mentarbiah orang lain hanya dengan nukilan kata-kata. Saya juga seorang hamba ALLAH yang sering alpa dan terleka dengan keindahan dunia ini. Jadi, saya nekad untuk menyusun kata, mencoret kalimah dan bermain madah untuk saling mengingatkan antara satu sama lain.

Hasil nukilan di bawah katogeri "Karyaku" adalah nukilan saya. Selain daripada itu, segala maklumat yang terkandung dalam laman sesawang ini bukanlan nukilan saya 100%. Saya sekadar berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan dengan sekalian sehabat-sahabat pembaca, tiada tujuan menciplak atau menceduk idea mana-mana penulis lain.

Maafkan saya jika kelantangan melontar pandangan atau menyusun kata mengguris hati mana-mana insan. Maafkan saya juga andai kata ada isi kandungan blog ini sebenarnya anda yang punya.

Sekian, Wallahualam...

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan (benda yang baik) walau sepatah ayat."

0 comments:

Post a Comment