Wednesday, January 18

|| SAKIT ||

Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanallah, hebatnya dugaan yang Engkau berikan pada hamba-Mu yang hina ini. Tapi aku bersyukur Ya Allah, Engkau masih sayangkan hamba-Mu ini. Sungguh, sakit itu nikmat. Penghapus dosa. Dosa yang terlalu banyak tidak terkira. Seperti buih di lautan yang terdampar luas.

Sungguh, orang kata sakit GIGI ni antara sakit yang memang sakit betul la. Tak tipu-tipu dah. Memang tak kompromi langsung dia punye tahap sakit tu. Doktor cakap, sakit gigi boleh bawa maut tau. Sebab sakit gigi boleh mengakibatkan sakit-sakit lain terjadi. Contohnya sakit kepala, demam panas, gastrik, sakit telinga, sakit mata dan banyak lagi la. Sebabnya? Saraf gigi bersambung terus ke otak. Salah cabut
gigi pon boleh juling mata tau, ha dasyat tak dasyat penangannya.

15 Jan 2012, Ahad - Kawan ajak lepak kat rumah pensyarah. Nak lepaskan home sick plus bosan makan kat kafe punye pasal, pegi -pasar beli barang-barang basah untuk masak launch. Sampai je umah pensyarah tu, terus kena leter sebab lewat, janji nak breakfast kat situ. Lepas tu bermula la kerja masak memasak. Lepas zohor, siap semuanya. Sambal sotong, kangkung goreng belacan, daging masak kunyit dan telur dadar. Lepas solat, makan dengan berseleranya sebab dah terlalu lapar.


Lepas je makan, tetiba rasa ngilu je. Gigi mula berdenyut. Mula-mula boleh tahan, tapi makin lama makin teruk. Tapi buat tak endah je. Sempat lagi pegi shopping barang sikit lepas tu. Siap boleh main kat taman permainan budak2 lagi. Main buai, naik jongkang jongket la. Sah, kanak-kanak ribena lagi.

16 Jan 2012, Isnin - Kelas bermula macam biasa. Tapi perangai pagi tu sangat luar biasa. Memang tak tahan, sakit gigi yang melampau. Sampai leleh airmata dalam tak sedar. Kawan2 yang baik hati belikan ubat sakit gigi ni. Balik bilik, tak tahan juga sakit ni. Minta tolong kawan bawa gi klinik petang tu. Pegi la klinik kerajaan sebab bajet tak cukup nak ke swasta punye. Doktor yang baik hati tu cakap, akar gigi ada masalah. So, buat appointment lain datang utk fix the thing. 

17 Jan 2012, Selasa - Tidur terganggu, tak lena sebab sakit punye pasal. Setiap jam tersedar, seksa tunggu hari cerah. Bangun untuk solat subuh, terkejut tengok muka sendiri dalam cermin. Bengkak habis muka ni, macam tak percaya je muka sendiri dalam cermin tu. Lepas solat, tak tahan, tidur balik. Terpaksa ponteng kelas, apa nak jadi pun jadi la. Yang pasti, sakit ni tak leh tahan lagi. Petang tu, classmates datang bilik. Lap badan, basahkan kepala. Terharu sangat2 masa tu, nak nangis pun ada. Thanks my lovely friends.. Lepas tu, pensyarah call, ajak gi klinik. Petang tu, dia bawa gi klinik swasta. Dah bajet dalam kepala, bape duit yang bakal melayang hari ni.

Alhamdulillah, nasib baik duit cukup2 bayar harga ubat-ubat yang sangat mahal tu. Kurang seringgit je RM 70. Dr cakap, ade infection. Infection ape, tak tahu la. yng pasti demam pon tinggi, 39.5 darjah Celsius. Dapat MC dua hari utk Rabu dan Khamis. Lepas tu, terus ajak lec pergi beli tiket, nak balik rumah jugak. Alhamdulillah, tiket ada. Malam tu jugak, pukul 8 mlm. Sebelum tu, terpaksa draw duit sebab sume dh habes buat bayar ubat tu. Nasib baik la ada jugak simpanan sikit. Kalau tak, tak tahu la nak beli tiket pakai ape.

Sekarang, dah sampai rumahku syurgaku. Pagi tadi, masuk pintu gerbang negeri Terengganu Darul Iman dengan selamat. Semua pandang pelik je, tak kenal dah. Ye la, muka dah bengkak. Berubah total la. Macam kena belasah pon ade. Haisy, tak pe la. Penghapus dosa la katakan. Redha la dengan ketentuan-Nya. Insya Allah, sembuh la nanti. Syukran buat semua yang membantu.

Rina (roomateku), Mak, Kak sabira, Epi, Kak Fatin, Ellina, Che Non, Ku sherry, Mere and all classmates la.. Love u all..

p/s: Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjuangan suci..kini kutemui.. <3

0 comments:

Post a Comment