Sunday, February 19

R.I.N.D.U!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, berkesempatan menulis lagi. Dah lama rasanya tak mencoret sesuatu di laman maya ni. RINDU rasanya. Disebabkan RINDU la, mencuri sedikit masa di tengah kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan yang menggunung.

Teringat kata-kata pujangga yang berbunyi..

"Nak berubah ke arah kebaikan, tidaklah sesukar mengekalkan perubahan tersebut."


Jadi, jelaslah di sini bahawa untuk melakukan perubahan tidak sesukar mana. Yang sering menimbulkan kekangan adalah bagaimana untuk konsistenkan perubahan tersebut. Perlukan azam, tekad, serta ketabahan yang diluar kebiasaan.

Memetik puisi dari "Ayat-Ayat Cinta" karya Habiburrahman El Shirazy.

"Oh ibu
jika engkau adalah matahari
aku tidak ingin datang malam hari.

Jika engkau adalah embun
aku ingin selalu pagi.

Ibu
derhakalah aku
jika ditelapak kakimu tidak aku temui syurga itu."

Ya, sekarang sedang berperang dengan perasaan sendiri. Menangggung beban RINDU pada seorang insan yang mendapat tempat pertama dalam carta hati selepas Pencipta dan Rasul-Nya. IBU.. IBU.. IBU..

Aku rindu akan tatap matamu yang syahdu,
suaramu yang merdu,
belaian kasihmu yang lembutnya umpama baldu,
senyumanmu yang membangkitkan semangatku,

Aku ingin mendakapmu penuh mesra,
melentokkan kepala di riba,
mendengar celotah nan manja,
terlelap dalam keadaan yang amat bahagia.

Seluruh kasihku ingin kucurahkan buatmu, ibu.
Selagi ku mampu, selagi ku diberi waktu.

0 comments:

Post a Comment