Monday, February 20

|| Tidak Bisa Membencimu ||


Bismillahirrahamnirrahim..

Dengan nama ALLAH Yang Maha Mengetahui, aku mencurahkan segala kekecewaan ini. Kekecewaan yang hanya DIA yang tahu betapa peritnya. Ya, aku seorang hamba yang hina, jahil dan tidak tahu budi. Hanya mencari-Nya di saat terluka, terjatuh, sakit dan menangis. Ya ALLAH, ampunilah hamba-Mu yang kerdil ini. Sungguh, aku sangat menyesal. KAU dekatkanlah hatiku dengan-MU sentiasa, samaada dalam keadaan berduka lara mahupun tersenyum gembira.

Sahabat.. Kau yang aku sayangi, kau yang aku tatang, kau yang aku harapkan telah membuatkan hatiku remuk kecewa. Kau tinggalkan aku terkapai-kapai di saat aku menantikan jawapan kepada sebuah persoalan yang sentiasa berlegar di minda ini. Apa yang harus aku lakukan? Aku tidak ingin menyimpan luka ini terlalu lama, jauh sekali ingin memahat perasaan benci di hati ini buatmu. Namun, aku hanya manusia biasa, sahabatku. Aku bisa
nangis pabila dikecewakan. Aku juga mahukan luka yang berdarah ini disembuhkan. Hatiku sakit, jiwaku kacau, dadaku sesak, dan mindaku bercelaru.


Sahabat.. Ya, aku tahu kau butuh waktu. Waktu buat mematangkan pemikiranmu. Aku sedia menunggu. Namun bukan begini caranya kau menyelesaikan segala permasalahanmu. Melarikan diri tanpa sebarang pesan sudah cukup membuktikan kau seorang pengecut! Hanya seorang yang pengecut yang akan melarikan diri daripada masalahnya. Maafkan aku jika kata-kataku ini kesat di pendengaranmu. Namun mengertilah kau, setelah kau pergi, aku amat merana di sini. Mengubati luka di hati ini sendiri. Tiada siapa yang menemani. Jauh sekali dirimu yang sepatutnya bertanggungjawab atas segala perbuatanmu ini.

Namun begitu, setelah segala kekecewaan yang kau curahkan padaku, aku tetap aku. Sahabatmu.. Sahabatmu yang mana bisa untuk membenci dirimu. Sahabatmu yang sentiasa merindui dirimu. Sahabatmu yang hampir menitiskan airmata setiap kali tanpa sedar mengimbau kembali detik-detik kenangan indah yang kita lalui bersama. Ya, aku marah! Aku sedih! Aku kecewa! Namun untuk membenci dirimu, aku tidak mampu. Aku menyayangi dirimu. Perasan sayang buat dirimu terlalu kuat untuk kutukar menjadi benci. Aku tidak sanggup menodai kenangan indah yang kita lalui dulu dengan perasaan benci yang menyesakkan dada, mengganggu ketenteraman jiwa.

Maafkan aku.. Maafkan aku, sahabatku.. Maafkan aku kerana kecewa. Maafkan aku kerana terlalu menaruh harapan yang tinggi. Maafkan aku kerana tidak bisa membendung perasaan sedih ini. Maafkan aku kerana terlalu menyayangimu. Semoga persahabatan kita akan sentiasa dalam keredhaan-Nya. Amin.

2 comments:

  1. hye hye...what happen? sediy jer bunyi...nk nangis aku...

    ReplyDelete
  2. nothing.. got some problem with a friend.. doakan aku kat sini ya..

    ReplyDelete