Sunday, February 26

Mampukah Aku?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam kekalutan berperang dengan kemalasan untuk menyiapkan tugasan-tugasan, tiba-tiba akal ini mempertikai suatu perkara yang tidak pernah dipandang serius, sentiasa dientengkan.

Mampukah aku?
 Mampukah aku bertahan untuk bergelar seorang GURU?
Mampukah aku memikul segala tanggungjawab yang aku rasakan semakin menggunung?
Mampukah aku menjadi contoh yang baik bagi si kecil kelak, sedangkan diriku ini peluh dengan cacat cela?

Mampukah aku mencorak masa depan si kecil dengan sebaik mungkin agar menjadi sebenar-benar MANUSIA?
Mampukah aku bersabar dengan segala macam karenah si kecil yang sedang ingin belajar mengenal dunia?

Sungguh,
fikiran bercelaru memikirkan kemungkinan tidak mampunya aku.
Lalu diri menjadi hampa.

Namun,
hati terubat kembali pabila memikirkan hikmah yang tertulis disebalik suratan ini.
Ya, 
Allah telah menulis takdirku untuk bergelar guru
dan pastinya ia adalah yang terbaik untukku
Terima dengan hati terbuka.

Kembali..
kukumpul sekalian semangat,
kukerah segala keringat,
berjuang demi masa depan yang mulia,
hingga ke penghujungnya.

Ya, perjuangan ini masih belum selesai.
Bahkan baru sahaja bermula.
Aku tidak pantas mengalah sebelum bertempur.
Siapkan senjata, atur strategi.
Lancarkan perang dengan JIHAD FI SABILILLAH.
InsyaAllah, SYURGA ganjarannya.

0 comments:

Post a Comment