Thursday, January 17

Anjakan Paradigma


Pandanglah sahabat di sekelilingmu dengan pandangan yang sarat dengan kasih sayang, penuh rasa cinta terhadap sesama manusia hanya kerana Allah. Ubahlah paradigma kita dalam memandang kehidupan seharian ini.


Jika kita pandang ke atas, kita akan nampak langit yang sangat cantik luas terbentang memayungi muka bumi tanpa sempadan, awan-awan yang berarak mengikut arah tiupan angin, sinaran mentari yang ceria atau pantulan cahaya bulan yang begitu indah sekali.


Namun jika renungi dengan lebih tajam, di atas sana ada Allah yang menaungi sekalian alam semester ini. Ada malaikat yang memayungi setiap langkah manusia yang melakukan kebaikan yang barakah. Ada nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya supaya sentiasa bersyukur. Ada musibah yang Allah timpakan kepada hamba-Nya supaya sentiasa bersabar.


Tak perlu direnung jauh-jauh, cukup sekadar apa yang ada dalam diri kita. Kita punya badan yang sihat, mampu untuk bergerak tanpa digerakkan. Kita ada hati yang mampu merasakan perasaan yang cukup indah. Kita ada minda yang mampu berfikir tentang pelbagai kekuasaan Allah. Dan kita ada banyak lagi perkara yang sepatutnya membuatkan kita tidak pernah berhenti melafazkan kata syukur kepada Allah S.W.T.


ALHAMDULILLAH ATAS NIKMAT ISLAM, IMAN. ALLAHU AKBAR!!

0 comments:

Post a Comment