Thursday, March 1

Lalang!

Bismillahirrahmanirrahim..




Lalang - sejenis tumbuhan yang tumbuh melata. Sentiasa dilihat, senang diperoleh. Namun, agak sukar untuk dimusnahkan begitu sahaja. Dalam masyarakat Melayu khususnya, lalang sering dikaitkan dengan PENDIRIAN seseorang. Kenapa?

Ditiup ke kanan, ke kananlah ia. Ditiup ke kiri, ke kirilah ia.


Jangan jadi macam lalang, terlentok-lentok di tiup angin macam orang tak teguh pendirian. 


Ya, tak teguh pendirian. Begitulah sinonimnya lalang dalam masyarakat Melayu khususnya. Manusia yang umpama lalang adalah yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran, seperti lalang yang terlentok-lentok mengikut arus tiupan angin.

Begitulah saya. Sangat mudah terpengaruh, lebih-lebih lagi dalam hal membuat keputusan. Alahai, itulah kelemahan diri ini. Sedang mencuba sedaya upaya untuk mengukuhkan tekad, membina benteng yang seteguh karang di lautan supaya hati ini tidak mudah goyah. Sama-sama doakan, Ameen.

0 comments:

Post a Comment