“Nyawa itu fana, mati itu pasti.”
Ya, itu kepastian yang bakal dihadapi semua makhluk ALLAH SWT.
~Tetiba ja masuk mood nak cakap pasal MATI. Mungkin terlekat badi dgn seorang sahabat kat Fb kot. Dia citer yang kawan dia mimpi dia mati. So, gabra la kawan ni. Buat status mintak maaf secara terbuka kat sume kawan-kawan dia. Takut tak sempat katanya.
Cakap pasal mati ngan mimpi ni tetiba ja teringat kat arwah mak sedara. Entah la, rindu arwah kot. Lama dah arwah pergi. Tanggal 31 Disember 2008 kalau tak silap. Tapi, still ingat dia. Wajah dia, suara dia. Semua pasal dia la.
Arwah memang selalu makan free kat hospital. Buah pinggang ngan batu karang. Tapi arwah kuat. Tak pernah tunjuk yang dia sakit kat kami. Tapi kami taw, dia sakit sangat-sangat. Dia suka bagi nasihat, tak kira la anak sendiri ke anak sedare ke. Dia cakap, sume sama. Kalau beza pun sikit sangat ja.
Tahun tu, arwah sakit tenat. Kena operate buang batu karang. Lepas operate arwah cerita kat kami yang dia dengar macam-macam bunyi masa dalam operation room. Laser..hammer..gerudi pun ada. Kami gelak kuat sangat masa tu sebab tengok muka arwah yang kelakar habis tu. Sehari sebelum raya, arwah mintak balik rumah, tak maw beraya dalam ward katanya. Doc tak bagi. Baru ja lepas operate mane boleh balik macam tu ja. Tapi arwah beria-ia nak balik jugak. Dia mogok ngan doktor sampai la doc bagi balik. Tapi dengan syarat, raya ke-3 arwah kena balik rumah batu semula.
Raya tu, arwah beraya sakan. Semua makanan dia bedal. Lupa semua janji-janji yang dibuat dengan doc. Orang marah pun dia buat donno je. Orang ugut nak hantar balik rumah batu mula la buat muka sposen. Kami terpaksa mengalah jugak.
Raya ke 2, arwah ngadu sakit. Sakit yang luar biasa. So, tpaksa balik rumah batu awal sehari daripada yang dijanjikan. Semua risau. Family dia semua menumpang kat rumah batu tu malam 2. My mom cakap, esok kami sekeluarga nak g lawat arwah. So, malam tu lepas wuduk, cuba tidur ngan tenang.
Mimpi!! Ya, saya mimpi arwah ngan pak sedara. Kejadian yang berlaku kurang diingati. Yang pasti..Mati!! Ada someone yang mati.
Tetiba sedar. Bunyi telefon rumah berdering. Pukul 3 pagi and something. Mom pick it up. Tetiba ma ketuk pintu bilik. Wet eyes! Crying! Ma cakap dia ngan abah nak gi hospital. Arwah dah takde. Nak ikut! Ma tak bagi. Tunggu rumah, adik-adik. Lepas subuh nanti, gi rumah arwah kemas-kemas yang perlu. Tunggu jenazah balik.
Mimpi jadi realiti! Tapi, betul-betul boleh caye ke? Atau hanya sekadar satu kebetulan? Wallahualam..
Arwah, anak saudaramu ini merindui nasihatmu..jenakamu..marahmu.. Semoga arwah baik-baik di sana. Ku kirim sekelumit doa buatmu. Semoga rohmu tenang di samping orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH..
[1225][15072011]
0 comments:
Post a Comment