Saturday, December 31

|| My Last Grand ||

Bismillahirrahmanirrahim..

Fuhhh!! Penat! tapi lega.. derita penantian akhirnya berakhir. saat dan detik yang mencemaskan dah berlalu.

Alhamdulillah..


Umur dia masih panjang. tapi sampai bila, Wallahualam, hanya Allah yang tahu. kesian tengok dia. sakit, menderita. tapi orang kata, sakit tu nikmat jugak. penghapus dosa. kalau kita benar-benar redha dengan sakit yang kita alami.

***************
30 Disember 2011, 4.15 petang- perjalanan dari Besut ke Kuala Berang. hantar adik sekolah kat sana. dia kena pergi awal utk uruskan budak-budak baru. pengawas la katakan. sampai la beberapa minit lepas pukul 6 petang. lepas tolong angkat bagasi-bagasi dia yang dah macam tak nak balik setahun tu, mulalah balik perjalanan Kuala Berang-Besut.

15 minit sebelum sampai umah, ma dapat call dari Dungun, umah pak sedara. katanya, nenek sakit. tenat. dah panggil orang bacakan Yaasin. ma cakap maybe esok baru boleh pergi kot, sebab dia tak larat. demam. asma. batuk. tiba-tiba je ma ubah keputusan. cakap nak bertolak malam ni jugak. so, dia pun call la pak sedara yang dok selang 2 3 rumah dari kami punye utk bersiap.

8.45 malam sampai umah. terus kemas baju. ma cakap, kemas semua barang yang nak bawak g Perlis. senang, law tak sempat nak bali, naik bas dari sana. so, alkelam alkabut la malam tu. main campak je sume baju kain dalam beg. nasib baik tak banyak sangat barang yang bawak balik ari tu.

9.20 malam bertolak la kami 2 keluarga, 2 kereta ke Dungun. hujan lebat sepanjang perjalan yang dingin dan suram. berdebar, takut, sedih. semua bercampur baur. takut tak sempat jumpa nenek la katakan.

Alhamdulillah, pukul 1 pagi 31 Disember sampai la umah pak sedara kat Dungun. ramai jugak kat situ, penuh halaman rumah dengan kereta. terus naik, jumpa nenek. tengok keadaan nenek, sedih pun ada. dia sakit, menderita. sakit tua. tapi, tak la teruk sangat sebab sebelum ni, situasi yang lebih teruk pernah terjadi dua kali di rumah dia sendiri. (sebelah rumah kami)

Sempat la jaga nenek pagi tu. tidur bila mata dah betul-betul ngantuk. macam-macam yang dia merapu, buat-buat tak dengar je la. tengahhari tu, lepas makan ma bgtahu yang petang tu nak balik dah. sepupu (yg dtg skali ngn saya) kena naik bas di Jertih ke Johor malam tu jgk. saya pulak 1 hb mlm. kebetulan abah ada kerja jugak malam tu. lepas asar, perjalanan Dungun-Besut bermula lagi.

Sampai umah sekitar 8 malam. penat sangat-sangat. tapi happy sebab dah tengok nenek. law ada apa-apa yang jadi lepas ni, xde la terkilan sangat. harap-harap nenek sabar menghadapi semua ujian ni. nenek sorang je la nenek yg cu ade. cu tahu nenek kuat. 



***************
"Ya... Allah, hidupkan aku jika Engkau mengetahui bahawa hidup itu lebih baik bagiku dan wafatkan aku jika mati itu lebih baik bagiku."

0 comments:

Post a Comment