Saturday, May 26

Bicara Bisu

Terasa ingin menjerit
Memberitahu pada semua
Betapa aku sudah terlalu perit
Hidup dalam muslihat dunia.


Terasa ingin melaung sekuatnya
Biar dunia tahu apa yang ku rasa
Betapa aku ingin keluar dari kesempitan yang melanda
Agar bisa ku kecapi tenang di jiwa.



Terasa ingin memberitahu semua
Betapa letih sudah aku dengan dunia
Tetapi ku tahu cukuplah dengan ada Dia
Untuk aku kongsi segala.


Ingin ku cerita pada semua
Bahawa aku telah hampir berputus asa
Betapa kesibukan dunia telah memerangkap jiwa.


Tetapi di sebalik semua
Masih ada ketenangan yang ku dapatkan dari Dia
Untuk aku terus bangun dari kecewa.


Ya ALLAH.. pimpinlah aku ke jalan syurga-Mu.

0 comments:

Post a Comment