Baca tajuk pun, rasa-rasanya antum dah tahu kot apa yang cuba ana sampaikan. ya, pasal hukum HUDUD la. Islamic law. maaf la, pending sikit. orang kata isu ni dah lapuk, berhabuk pun. tapi ana
tak kisah, niat ana cuma nak kongsi dengan antum semua apa yang ana terrrrbaca. walaupun ini bukannya isu sebenar yang ana cuba nak sampaikan saat ana bukak blog ni. tapi tak pe, share dulu ilmu yang bermanfaat.
tak kisah, niat ana cuma nak kongsi dengan antum semua apa yang ana terrrrbaca. walaupun ini bukannya isu sebenar yang ana cuba nak sampaikan saat ana bukak blog ni. tapi tak pe, share dulu ilmu yang bermanfaat.
Tajuk entri ini sebenarnya ringkasan kepada sabda Rasulullah saw yang membawa maksud:
Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)”.
(Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)
Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengingatkan kita agar berhati-hati dalam bab hudud, iaitu menjatuhkan kesalahan terhadap tertuduh dalam jenayah yang melibatkan hudud. Sekiranya membebas atau memberi kemaafan kepada tertuduh adalah perkara yang terbaik, maka Nabi s.a.w. menggalakkan agar kita melakukannya.
Kalau kita tersalah memaafkan macam mana pulak?
Jangan risau, ALLAH swt itu Maha Mengetahui yang nyata mahupun yang tersembunyi. jika tidak mendapat hukuman di dunia, pasti balasan di akhirat tidak akan terlepas sama sekali. jangan sampai kita tersalah hukum pulak. nanti tak pasal-pasal kita dapat share dosa tu sekali.
Sumber: Masjid Al-Itisam
p/s: maaf la.. bila entri berkaitan agama ni, jadi terikut-ikut nak ber"ana-antum" pulak.. :)
0 comments:
Post a Comment