Saturday, December 24

|| Kawen oh kawen.. ? ||

Eheam eheam.. aisay man.. tajuk entri pon dah tak leh blah.. fikir banyak kali kot nak further type, tapi teruskan jua niat suci nan murni ini..sekadar nak berkongsi pendangan dalam hal yang sering menjadi isu utama perdebatan remaja zaman sekarang.


Soalan-soalan seperti kat bawah ni sering meniti di bibir mereka.


Patut ke tak kahwin awal ni?

Kalau masih belajar, wajar atau tidak untuk berkahwin?

Bina rumahtangga sambil bina kerjaya masa depan tak boleh ke?


Ada juga yang mengeluh sebab tentangan keluarga, tak bagi kahwin awal atas macam-macam sebab. Mana tak nya, kerja yang tetap pun tak de lagi, nak bagi anak orang makan apa nanti? :3

Tapi itu semua bukan la satu kekangan yang besar pun. Hendak 1000 daya, bila tak nak 1000 la dalihnya. Lebih tepat, macam Adnan Sempit cakap "dimana ada jalan, disitu ada highway.."

Mana-mana yang ada rasa nak kahwin awal tu, fikir la masak-masak. Jangan sampai menyesal di kedian hari. Kahwin ni benda baik, ibadah lagi, dijanjikan pahala yang besar. Tapi dengan syarat, kena dengan caranya. Jangan sebab nak kahwin awal, guna alasan nak jaga iman la, sahut seruan Rasulullah saw dan macam-macam lagi. Ni la konsep yang ramai salah faham. 

"Jaga iman dengan proses didikan tersusun, bukannya dengan berkahwin dengan melulu. Iman kita mungkin semakin jauh daripada Allah sekiranya berkahwin dalam keadaan tidak bersedia. Perkahwinan akan menjadi medan dilenyek masalah, bukannya melengkapkan agama.."

 Rasanya quote di atas sudah cukup menerangkan maksudnya sendiri. Tak perlu dihurai panjang lebar. Dan rasanya entri ni dah cukup panjang. Macam panjang sangat pon ada, tapi tak tahu nak padam yang mana. Tak pe la, asalkan niat sebenar tercapai.

Sekian saja untuk entri ke-2. Harap bermanfaat untuk kalian. Juga peringatan untuk si penulis ini sendiri.


p/s : maaf, bahasa rojak. juga penggunaan "short form" yang bersepah. harap dimaafkan.

0 comments:

Post a Comment