Welcome to my wall

Take a walk in my shoes

Don't be afraid of failure

If you fall 100 times, get up 101!

I'm not perfect, so we all are.

Perfection isn't what we were created to be.

Showing posts with label ~ Hati ini ~. Show all posts
Showing posts with label ~ Hati ini ~. Show all posts

Saturday, May 26

Bicara Bisu

Terasa ingin menjerit
Memberitahu pada semua
Betapa aku sudah terlalu perit
Hidup dalam muslihat dunia.


Terasa ingin melaung sekuatnya
Biar dunia tahu apa yang ku rasa
Betapa aku ingin keluar dari kesempitan yang melanda
Agar bisa ku kecapi tenang di jiwa.

Saturday, May 5

Silence..

Kenapa senyap ?
kenapa diam ?
kenapa tak kongsi ?
kenapa tak cerita ?

entah..
tak semua benda boleh dikongsi.
tak semua benda boleh diluah, boleh dicerita.
ada perkara perlu dihadapi dan ditelan sendiri.
diluah takut membuka aib, 
dicerita takut dijaja kelak.

Sunday, April 8

Twisted

Bismillahirrahmanirrahim..

Kekadang hati ini tertanya-tanya.. kenapa semua ni harus jadi macam ni? pelik, tapi itulah hakikat yang terpaksa dihadapi..

Dulu.. sewaktu kita menghulurkan hamparan kasih buatnya, dia sambut endah tak endah.. kita ni wujud, tapi macam tak penting.. perasaan ni, hanya Allah yang tahu betapa sakitnya.. yang dia tahu, maruah dan egonya harus diberi keutamaan.. 

Sekarang.. bila kita dah didik hati ni supaya tidak terlalu mengharapkan pada yang tak sudi, dia pula datang menagih kasih

Thursday, March 1

Lalang!

Bismillahirrahmanirrahim..




Lalang - sejenis tumbuhan yang tumbuh melata. Sentiasa dilihat, senang diperoleh. Namun, agak sukar untuk dimusnahkan begitu sahaja. Dalam masyarakat Melayu khususnya, lalang sering dikaitkan dengan PENDIRIAN seseorang. Kenapa?

Ditiup ke kanan, ke kananlah ia. Ditiup ke kiri, ke kirilah ia.

Monday, February 27

En. Hati dan Cik Perasaan

Bismillahirrahmanirrahim...

En. Hati + Cik Perasaan = Complex

Itulah dia persamaan yang paling tepat untuk menggambarkan betapa kompleksnya En. Hati dan Cik Perasaan ni. Kalau nak hurai panjang lebar, entah panjang mana la entri ni jadi. Bersambung sampai Part 10-11 pun tak tahu. Begitu lah, lebih-lebih lagi lain orang lain la dia punya En. Hati dan Cik Perasaan. Jadi, kat sini nak ceritanya saya punya En. Hati dan Cik Perasaan la, sape lagi.

CONFUSE. Yes, thats an accurate word to describe my En. Hati

Monday, February 20

|| Tidak Bisa Membencimu ||


Bismillahirrahamnirrahim..

Dengan nama ALLAH Yang Maha Mengetahui, aku mencurahkan segala kekecewaan ini. Kekecewaan yang hanya DIA yang tahu betapa peritnya. Ya, aku seorang hamba yang hina, jahil dan tidak tahu budi. Hanya mencari-Nya di saat terluka, terjatuh, sakit dan menangis. Ya ALLAH, ampunilah hamba-Mu yang kerdil ini. Sungguh, aku sangat menyesal. KAU dekatkanlah hatiku dengan-MU sentiasa, samaada dalam keadaan berduka lara mahupun tersenyum gembira.

Sahabat.. Kau yang aku sayangi, kau yang aku tatang, kau yang aku harapkan telah membuatkan hatiku remuk kecewa. Kau tinggalkan aku terkapai-kapai di saat aku menantikan jawapan kepada sebuah persoalan yang sentiasa berlegar di minda ini. Apa yang harus aku lakukan? Aku tidak ingin menyimpan luka ini terlalu lama, jauh sekali ingin memahat perasaan benci di hati ini buatmu. Namun, aku hanya manusia biasa, sahabatku. Aku bisa

Sunday, February 19

R.I.N.D.U!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, berkesempatan menulis lagi. Dah lama rasanya tak mencoret sesuatu di laman maya ni. RINDU rasanya. Disebabkan RINDU la, mencuri sedikit masa di tengah kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan yang menggunung.

Teringat kata-kata pujangga yang berbunyi..

"Nak berubah ke arah kebaikan, tidaklah sesukar mengekalkan perubahan tersebut."